Tuesday, March 22, 2011

Sekadar Renungan....Mengejar Impian


Semua orang ada impian, tapi tidak semua orang dapat apa yang diimpikan. Itulah sedihnya. Kenapa ada orang dapat mencapai impiannya sementara orang lain tidak? Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda 5 langkah cara anda boleh mencapai impian anda.

1. Tetapkan impian anda

Tanpa menetapkan impian bagaimana anda boleh mencapainya mudahkan? Walaupun mudah impian yang anda ingin capai itu haruslah dipecahkan kepada beberapa matlamat. Katakan impian anda ingin menjadi seorang blogger yang boleh menjana pendapatan:

a. Berapa lama masa untuk anda target supaya mula menjana pendapatan (katakan 1 tahun)?

b. Apakah yang anda perlu lakukan dalam setiap bulan untuk 12 bulan yang anda perlu lalui?

c. Apakah pula perkara yang perlu anda lakukan dalam setiap minggu pada setiap bulan tersebut?

d. Dan tak lupa apa yang anda perlu buat hari ini untuk mencapainya?

Kalau anda telah jelas dengan impian dan matlamat anda ini, maka anda telah nampak jalan anda boleh mencapainya. Anda tidak akan sampai ke shopping complex yang anda ingin tuju kalau anda tak tahu jalannya kan? Demikian juga untuk mencapai impian kita mesti tahu jalan yang perlu dilalui.

2. Bertindak

Di sinilah ramai yang gagal mencapai impian mereka. Walaupun mereka telah ada matlamat yang jelas dan teliti tapi mereka masih belum mampu mencapainya kerana belum lagi bertindak. Cara bertindak ialah tanam betul-betul impian yang kita ingin capai itu dalam minda kita. Semakin kita menghayatinya maka semakin itulah kita akan lebih kuat untuk bertindak.

3. Buat review

Sudah pasti setiap langkah yang kita buat, belum tentu boleh mencapai hajat kita. Setiap kejayaan pasti ada cara dan setiap kegagalan mesti ada sebab. Inilah yang kita perlu lakukan setelah kita berusaha. Kalau usaha kita berjaya maka kita telah tahu apa yang boleh dilakukan, sementara kalau tidak tercapai pula kita tahu apa yang tidak boleh dilakukan. Seterusnya kita perlu mencari apakah cara untuk mengatasi halangan tersebut. Pada peringkat inilah kita perlu mencari ‘nasihat’ daripada mereka yang pakar dalam bidang tersebut.

4. Jangan putus asa

Ini adalah pantang larang terbesar orang yang ingin berjaya. Kita pasti mencapai impian kita Cuma masanya bukan kita yang menentukan. Tapi selagi kita tidak berputus asa peluang untuk kita mencapai kejayaan masih cerah di hadapan. Orang yang berjaya tak akan putus asa dan orang yang putus asa tak akan berjaya.

5. Mohon pada Tuhan

Sebenarnya tidak ada sebab untuk kita tidak percaya Tuhan itu wujud. Kalau benar dunia ini jadi sendiri sebab ‘big bang’ semata-mata kenapa sekian banyak letupan yang telah berlaku di dunia ini tidak mampu menghasilkan alam semesta? Jadi Dialah yang Maha Mendengar, jadi mohonlah kepadaNya aga jalan kita dimudahkan...Amin

Ikutlah 5 langkah ringkas ini, insyallah anda akan dapat mencapai impian anda!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...