Monday, August 8, 2011

Amal Ibadah di Bulan Ramadhan

Amal Ibadah Bulan Ramadhan

  1. Solat sunat Tarawih
  2. Solat – solat sunat yang lain.
  3. Bantu membantu sesama umat Islam.
  4. Banyakkan membaca Tahlil
  5. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah S.W.T.
  6. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.
  7. Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
  8. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahal ibadah kita.

Ganjaran Pahala Ibadah dan Fadhilatnya

Ganjaran pahala mereka yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan adalah berlipat ganda. Pada keseluruhannya, bulan Ramadhan dibahagi kepada 3 bahagian iaitu:
  1. Untuk mendapat rahmat Allah S.W.T.
  2. Untuk mendapat keampunan Allah S.W.T.
  3. Untuk mendapat pelepasan dari azab neraka.
Fadhilat yang lain
  1. Doa orang yang berpuasa dimakbulkan Allah S.W.T.
  2. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka puasa dan apabila bertemu dengan Allah pada Hari Kiamat kelak.
  3. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan dari Allah S.W.T.
  4. Orang yang berpuasa, menjauhi segala larangan Allah dan mengerjakan amal ibadah samada wajib dan sunat, akan dibinakan mahligai yang indah di syurga.
marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadah di bulan yang mulia ini. Semoga Allah merahmati, memberkati dan menerima segala amal yang kita lakukan…InsyaALLAH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...